Saturday, May 2, 2009

MARI BERJENAKA…………


Ketika seorang doktor sedang memeriksa seorang penyakit seorang suri rumah menelefon.

Suri: Doktor ! Doktor ! Anak saya telah makan semut
Doktor: Jangan risau. Semut takkan membahayakan nyawa
anak awak.
Suri: Tapiiii…… Saya telah memberi dia racun serangga agar
semut itu mati
Doktor: Apa??????????????????


Kumar yang bekerja di India terkejut apabila mengetahui tunangnya ingin memutuskan pertunangan. Gadis itu juga meminta agar kumar memulangkan semua gambarnya.

Lalu Kumar pun mengumpul kesemua gambar yang ada dan memasukkan semua gamba itu dalam sebuah kotak dan diposkan bersama nota……..

Maaf aku terlupa yang mana satu gambar kau jadi awak ambil gambar awak dan pulangkan selebihnya kerana aku akan memerlukannya nanti.

Apabila cikgu nampak anak muridnya relaxing semasa mengajar Matematik…

Guru : Adik ini relaxing ke?
Murid : Tak! Saya ini GURMIT SINGH
Guru : ??????????????????





Semasa students life

Guna : Bolehke seseorang itu menentukan masa depan dengan kad?
Naven : Tapi mak saya boleh! Setelah tengok kad penilaian
peperiksaan dia akan bagi tahu apa yang akan
jadi pada saya apabila ayah saya balik rumah…..


Cikgu : Mark kenapa kamu selalu datang lambat ke sekolah?
Mark : Selalu selepas saya sampai ke corner saya tengok papan
amaran yang nyata-‘school-go slow’


Dinisha : Hari ini di bus,a little girl jatuh dari tempat duduknya,
dan semua ketawakan dia kecuali saya.
Meena : Siapa budak kecil itu?
Dinisha : Saya.


Cikgu : John saya tanya semua siapa yang nak pergi ke syurga
angkat tangan kenapa engkau tak angkat tangan?
John : Kerana mak suruh saya terus pergi ke rumah.

PEPATAH- Maksud







Ada air adalah ikan
Ada negeri tentulah ada rakyatnya

Ada angin, ada pokoknya
Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya

Bahasa menunjukkan bangsa
Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu

Cakap sejengkal dibawa sehasta
Perkara yang kecil dibesar-besarkan

Dada manusia tidak dapat diselam
Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui

Ekor anjing betapa pun diurut tiada juga betul
Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar

Gagak bersuara murai
Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya

Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
Budi baik seseorang tidak dapat dibayar melainkan dikenang selama-lamanya

Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan

Deras datang, deras kena
Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian

Friday, May 1, 2009

Bidalan – Maksud






Yang baik dipakai,yang buruk dibuang
- Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
- Jika ingin akan kemewahan mestilah bersedia berusaha

Batu yang bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
- Orang yang kerap bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan

Belum duduk sudah berlanjur
- Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira

Biar buruk kain dipakai,asal pandai mengambil hati
- Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

Elok lenggang di tempat datar
- Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya
Add Image
Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak
- Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan

Berkaul pada keramat
- Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempat

Cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit
- Selalu berhati-hati dalam membelanjakan atau menggunakan sesuatu

Dalam berselam, cetek bertimba
- Sesuaikan sesuatu dengan keadaan

Internet- Memberi kesan negatif




Ø Internet saluran utama untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan mudah.
Ø Internet merupakan satu rangkaian maklumat yang boleh diperoleh melalui komputer.
Ø Internet secara tidak langsung dapat meracuni pemikiran remaja.
Ø Remaja bebas melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti web lucah.
Ø Bahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes rogol, cabul kehormatan dan sebagainya.
Ø Internet juga melekakan seseorang remaja.
Ø Remaja banyak menghabiskan masa dengan melayari web yang berbentuk hiburan.
Ø Ini menyebabkan masa ulang kaji pelajaran mereka dibuang begitu sahaja.
Ø Kesannya, remaja akan ketinggalan dari segi akademik.
Ø Penggunaan internet secara berlebihan menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum.
Ø Aktiviti bersukan dan berpersatuan yang dapat menyihatkan badan dihindari oleh mereka.
Ø Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.
Ø Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial seperti melepak dan gengsterisme.
Ø Remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang diperoleh dari Barat.