Wednesday, September 16, 2009

cerita hantu

“ Opps!. Kering darahku!” ‘Lembaga’ ini muncul di bahu pintu kereta. Baru sebelah kaki menjejak tanah tiba-tiba ia muncul.
“Selamat pagi, boleh saya tolong cikgu?” “ Mengapa mengejutkan saya? Aku rasa geram dan marah. Pagi-pagi angin bertiup kencang.
Saya tak perlukan sebarang pertolongan ketika ini. Aku berlalu tanpa menghiraukannya. Loceng berbunyi! Lega rasa hati. Aku terus ke tempat perimpunan. Pelajar terdedai-dedai beratur. Mataku mencari dia. Tetapi tak kelihatan pun di antara ratusan pejalar yang beratur. Aku rasa menyesal kerana memarahinya. Bukankah dia ikhlas ingin membantu? Tak patut aku mengherdiknya begitu tadi. Pagi-pagi dah naik angin. Aku masih terjenguk-jenguk . “Cari siapa” rakan sekerja mencuit bahu. “ Cari seseorang .” Acuh tak acuh. Aku masih dengan duniaku.
Jam menunjukkan pukul 10.12 pagi. Aku bergegas ke kantin. Ada bayangan mengekori saya. “ Cikgu masih marah kepada saya?” Ish di lagi! Aku tak menjawab. Langkahku laju ke kantin. Bayang itu masih mengekoriku. “Jangan marah-marah nanti berpenyakit!” “Ya tuhan ada lagi dia , ingatkan dah berlalu.” Sebaik berpaling dia dah tiada. Mungkin masuk ke kelas. Lantaklah.
Aku terus memesan minuman kepada pembantu kantin dan duduk di meja berhampiran kipas angin. Tak ada mood nak berbual –bual. Rakan-rakan saya berpandangan antara satu sama lain. Mungkin pelik dengan sikapku sejak beberapa hari ini. Sukar untuk dijelaskan. Marah,geram,sayu bercapur baur. Kelamarin aku naik angin dengan kelas aku. Nota yang diberi tidak disiapkan. Latihan pun tak dibuat. Sakit hatiku. Sebulan masa diberi takkan tak cukup? Logik kah aku marah? Belum lagi masalah lain lagi.
Ku tinggalkan separuh miniman aku terus menuju ke kelas Mawar. Baru hendak memulakan pengajaran, ketukan pintu mengejutkan. Seorang budak perempuan menhulurkan sekeping kertas berlipat. Ada orang beri katanya. Siapa pula bersurat-surat ini?
Oooo.... dia tadi. Bersurat-surat pula dia. Murid-murid kelas Mawar mula berbisik-bisik menyibuk. Aku menjadi geram.
“Cikgu maafkan saya kerana mengganggu lagi. Saya tahu apa yang cikgu alami”. Saya bersimpat- Farah kelas Kemboja.
Pada hari seterusnya, “Cikgu, boleh saya jumpa cikgu” Dia lagi? “Saya sibuk hari ini. Sekejap lagi saya nak balik. Ada hal. Lain kali boleh ?” “Takkan tak ada masa sikit pun?” Dia mendesak. Awak dari kelas mana? Tak pernah nampak pun?” Aku mengalihkan bicara.
“Saya baru pindah ke sini minggu lepas. Lepas itu masuk ke kelas Kemboja” loyak buruk pula dia. “Hal apa?” “Tak boleh di sini cikgu.Tempat lain boleh?” Wajah kecinaanya jelas. “Beginilah esok dating ke bilik bicara?” ok!” dia tersenyum dan berlalu.
Malam itu, aku menerima mesej “ Cikgu tenangkan fikiran, masalah cikgu akan selasai. Siapa pulak hantar mesej seperti ini? Sekilas itu aku terbayang wajah ‘dia’. Dari mana dia dapat nombor telefon saya? Hairan juga.
Tepat pukul 11 pagi aku sudah berada di bilik bicara. “Cikgu dah lama tunggu saya?” Dia muncul sambil terus duduk tanpa sempat dijemput. “Mulakan.” Lagakku seperti seorang sudi berkongsi masalah. “Sejak saya sampai sini, saya memerhatikan cikgu. Saya dapati cikgu cepat naik angin,marah-marah. Cikgu kena banyak bersabar. Saya tahu mak cikgu sakit. Nenek cikgu pun sakit. Ini dugaan. Lagipun......
“Engkau ini cakap tentang apa ni?” Kemarahanku memuncak. Macam mana dia tahu tentang ini? Rakan-rakan rapatku pun tidak tahu. “Tengok-tengok?” Cikgu dah mula naik angin. Cuba bertenang dan rasional. Cikgu takkan apa-apa. Nenek cikgu pun begitu juga.”
Oh, tuhanku! Bermimpikah aku? “Bagaimanakah kamu tahu masalah saya? Hairan,aneh. “ Saya rasa itu saja yang hendak saya bincangkan. Saya minta maaf. Saya minta diri dulu” Aku hanya mampu memandangnya berlalu.”
Pada keesokan hari, aku menapak ke kelas Kemboja. Pelajar-pelajar memandangku serentak. “Boleh saya jumpa Farah?” Aku mejenguk mencarinya.
“Mana ada pelajar yang bernama Farah di kelas ini” cikgu kelas menjawab. Aku terkejut!
“Cikgu pastikah Farah yang cikgu cari di kelas ini?” cikgu kelasnya inginkan kepastian,
Aku berlalu. Pelik ada, terkejut pun ada juga. Mungkinkah aku tersilap kelas? Terua aku mencapai fail dan menyemak daftar nama kelas. Tiada, semak sekali lagi juga tetapi tiada. Aku yang masih tidak berpuas hati terus ke pejabat menyemak daftar kemasukan pelajar. Sah. Tiada pelajar bernama Farah. Aneh. Adakah aku bermimpi? Aku benar-benar diselubungi misteri...!!!!

No comments:

Post a Comment