Friday, May 1, 2009

Bidalan – Maksud






Yang baik dipakai,yang buruk dibuang
- Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana

Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
- Jika ingin akan kemewahan mestilah bersedia berusaha

Batu yang bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
- Orang yang kerap bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan

Belum duduk sudah berlanjur
- Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira

Biar buruk kain dipakai,asal pandai mengambil hati
- Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia

Elok lenggang di tempat datar
- Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya
Add Image
Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak
- Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan

Berkaul pada keramat
- Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempat

Cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit
- Selalu berhati-hati dalam membelanjakan atau menggunakan sesuatu

Dalam berselam, cetek bertimba
- Sesuaikan sesuatu dengan keadaan

4 comments:

  1. awak buatlah maksud bidalan yang nie"selama hayat dikandung badan dan maksudnya.....

    ReplyDelete
  2. terima kasih ...
    saye sangat memerlukan jawapan ini ..

    ReplyDelete
  3. saya pula nak awak buat bidalan"jauhari juga yang mengenal manikam"

    ReplyDelete
  4. saya pula nak maksud"jauhari juga yang mengenal manikam"

    ReplyDelete