Friday, May 1, 2009

Internet- Memberi kesan negatif




Ø Internet saluran utama untuk mendapatkan maklumat secara cepat dan mudah.
Ø Internet merupakan satu rangkaian maklumat yang boleh diperoleh melalui komputer.
Ø Internet secara tidak langsung dapat meracuni pemikiran remaja.
Ø Remaja bebas melayari laman web yang tidak sesuai dengan usia mereka seperti web lucah.
Ø Bahan yang berbentuk pornografi ini boleh membawa kepada jenayah seks seperti kes rogol, cabul kehormatan dan sebagainya.
Ø Internet juga melekakan seseorang remaja.
Ø Remaja banyak menghabiskan masa dengan melayari web yang berbentuk hiburan.
Ø Ini menyebabkan masa ulang kaji pelajaran mereka dibuang begitu sahaja.
Ø Kesannya, remaja akan ketinggalan dari segi akademik.
Ø Penggunaan internet secara berlebihan menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum.
Ø Aktiviti bersukan dan berpersatuan yang dapat menyihatkan badan dihindari oleh mereka.
Ø Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.
Ø Remaja yang mengunjungi kafe siber akan lebih terdedah dengan masalah sosial seperti melepak dan gengsterisme.
Ø Remaja juga mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang diperoleh dari Barat.

No comments:

Post a Comment